Others: ♥ ♥ ♥
New Blog ^ ^
Kepada sesiapa yang dah tau .. bef this Dee mmg da ada blog lain kan ? Tp , thn nie .. Dee nk abaikan blog tue .. N nk mula segala-galanya di sini ~ (Ceewah :)
0rite .. Untuk permulaan blog nie , Dee nak share satu cerita :)
Boleh kita ambil pengajaran dari cerita nie .. ^ ^
Suatu hari, ibu mendekati anaknya.
Ibu: "Boleh ibu bicara?"
Anak: "Boleh sangat ibu."
Ibu: "Tengah buat apa tu? Update fb-twitter ya?"
Anak: "Ya, bu."
Ibu: "Off-lah dulu fon dan laptop.
Sekejap saja."
Si anak akur dengan suruhan ibunya. Dirasakan pelik sedikit ibunya pagi
itu. Tertanya-tanya sendirian, 'aku ada buat salah ke?'
Ibu: "Orang yang paling mengenali kamu adalah ibu kamu sendiri, betul
tak?"
Anak: "Benar, bu."
Ibu: "Ibu perhatikan sudah lama anak ibu dengan laman sosial. Bukan baru
tahun ini. Malah sudah dua, tiga tahun. Ibu ada ikuti apa yang kamu
update di facebook. Ada tengok tweet kamu. Ada jenguk IG kamu..."
Anak: "Bu, saya guna untuk tujuan yang baik bu."
Ibu: "Benar, jika anak ibu ini upload gambar buka aurat, update status
cinta dan perasaan meleleh-leleh melampau, cari publisiti murahan, cari
likers, cari followers, gedik sakan, flirting fake relay, mengutuk
mengeji, sudah pasti ibulah orang pertama yang akan kecewa. Sedih dan
dukacita anak seperti itu. Mahu saja ibu bakar api laptop dan henfon
jika anak awal-awal nampaknya suka bermain dengan api neraka."
Anak: "Emm..ya bu.."
Ibu: "Ibu lihat kamu update status agama. Ajak orang buat baik. Berubah.
Ikut sunnah. Ikut Ulama. Tapi, sampai bila kamu nak begini?"
Anak: "Maksud ibu?"
Ibu: "Misalnya, kamu update ajak orang solat dhuha. Tapi kamu tidak
berganjak dari tempat duduk pun. Kamu suruh orang tutup aurat, marah
orang gedik bercouple, tapi ibu lihat kamu galak bermesej, whatsapp
dengan lelaki. Bergayut dengan lelaki. Kamu suruh orang ikut sunnah
Nabi, tapi kamu melewat-lewatkan solat. Kamu suruh orang bangun
tahajjud, tapi kamu sendiri tidur sampai terlepas Subuh. Yang lelaki dan
perempuan lak ibu tengok berbicara tentang nikah tapi usahanya kumpul
duit cari kerja tak ada. Sampai bila?"
Anak: "Tapi bu, salah ke ajak orang buat baik?"
Ibu: "Tak salah. Tapi sampai bila just nak orang jadi baik tapi diri
sendiri tak ada perubahan ke arah itu?"
Anak: "Tapi bu, niat saya baik."
Ibu: "Sampai bila just nak harapkan niat baik? Adakah ibadat dan amal
soleh itu cukup dengan niat baik? Syurga tidak dimasuki orang-orang yang
hanya berniat nak masuk Syurga."
Anak: "Emm..."
Ibu: "Ibu tidak larang. Kamu nak main, nak bersosial. Silakan. Nak
berdakwah kononnya, silakan. Ibu tak rasa ini dakwah bila mana ilmu dan
amal tidak seiring. Iman dan taqwa tidak di hati. Bila kita ikhlas
terhadap Allah dalam ilmu dan amal, insya-Allah status kita buat
walaupun ringkas akan terkesan dalam hati manusia. Berkat keikhlasan dan
taqwa kita, Allah bantu buka pintu hati orang lain pula."
Anak: "Insya-Allah, bu. Maafkan saya selama ini saya tak sedar kesilapan
sendiri. Asyik menuding pada yang lain, tapi enggan cermin diri
sendiri. Cermin di fon utk selfie je."
Si anak memeluk ibu tuanya erat-erat. Nangis teresak-esak. Ibu mengusap
kepala anaknya. Menangis sama. Jiwa ibu jua tersentuh.
Jangan pernah rasa orang tua kita tak peduli kesalahan kita. Mereka cuma
tunggu masa yang sesuai utk tegur kita.
Diam-diam gunung berapi.
Jangan tunggu Allah sendiri 'tegur'.
cerita oleh: Muhammad Rusydi
# Dee akan ambil pengajaran nie .. In syaa Allah ~
|